Punca Supply Merudum

Posted in Breastfeeding on November 19, 2009 by Ajwad and Najwa

Saya dah dapat kenal pasti dah kenapa susu agak merudum akhir2 ini.

Pertama kerana saya mengurangkan sesi pump dari 3x ke 2x sehari dan yang kedua, saya kurang minum air.

Sebelum ni setiap kali selepas menyusukan Irsyad saya akan minum air sekurang2nya segelas. Tapi skrg selalu skip. Klu dah haus sgt baru saya minum.

Dan kat ofis biasanya saya akan habis kan air 3 liter. Tapi sekarang nak habis 1 liter pun susah. Jadi kesimpulannya, kena selalu pump dan minum air banyak2 ye..

 

Anakku dah ada satu..dua la sekarang

Posted in Breastfeeding, Family, Irsyad on November 19, 2009 by Ajwad and Najwa

Alhamdulillah..baru2 ni saya dikurniakan seorg lagi anak.

Oppss..saya tidak mengandung lagi ye buat masa ni..hihihii

Anak saya ni diberi nama Emma Sofea. Emma dilahirkan seminggu awal sebelum Irsyad. Kiranya Emma ni kakak kepada Irsyad. Emma ni kecil molek je orangnyer. Nanti saya letak gambar Emma kat sini.

Emma adalah anak susuan saya. Sebenarnya Emma anak kepada sepupu saya. Mummy Emma ada masalah low supply. Tapi kagum dgn Mummy Emma sbb tetap berusaha utk memberi Emma susu ibu. Kebetulan saya mempunyai stok frozen yang agak banyak. Alhamdulillah…

Setelah berfikir panjang kerana perkara ini melibatkan soalan hukum dan hubungan, Saya dan Abang setuju utk bagi kepada anak sepupu saya.

Hari Selasa yang lepas saya terima sms dari Mummy Emma:

Salam,wawa. Just nak bgtau, emma mmg suka susu wawa. semlm siang je dia dah habiskan 5 bungkus. So wawa dah selamatla jadi ibu susu emma ;)

Alhamdulillah..semoga semua dipermudahkan oleh Nya. So lepas ni saya kena rajin2 direct feed  and pump susu utk anak2 saya. Semoga susu saya sentiasa mencukupi untuk anak2 saya.. Amin.

Breastfed Baby will Breastfeed

Posted in Breastfeeding, Family on November 10, 2009 by Ajwad and Najwa

poster 01_kedai

 

Masa online window shopping saya terjumpa poster ni di website http://momslittleones.com . Ada lagi 4 design lain:

  • ABC’s of Breastfeeding
  • I Just Want Breastmilk
  • Support Mothers to Breastfeed
  • Working Mother

Saya tertarik dgn poster2 ni. Tapi tak beli pun. Sungguh kreatif orang yang design poster2 ni. Mungkin boleh tampal di rumah @ tempat kerja sebagai suntikan semangat untuk meneruskan target saya utk menyusukan Irsyad sehingga 2 tahun atau lebih. Dalam masa yang sama boleh juga sebagai kempen menggalakkan ibu2 di sekeliling saya utk menyusukan anak mereka dengan susu ibu yang tak ternilai harganya.

Breastfed Baby will Breastfeed

Saya juga membesar dgn susu ibu sehingga berusia 3 tahun ++.  Saya bercerai susu semasa mama mengandungkan adik saya Jiha. Klu tak silap saya masa Mama mengandung pun saya masih menyusu. Tak pasti bulan ke berapa saya diberhentikan..sob..sob.

Terima kasih tak terhingga buat Mama tersayang kerana telah memberikan yang terbaik untuk saya. Walaupun menurut Mama bukan lah Mama memilih utk menyusukan saya sepenuhnya tanpa susu formula tetapi saya sendiri yang menolak apabila diberikan susu FM. Chewah..pandai juga saya memilih ye..

Sekarang giliran saya pula menyusukan anak saya sepenuhnya. InsyaAllah saya akan berusaha sehingga 2 tahun @ lebih untuk setiap anak. Saya berdoa dan berharap saya dapat memberikan yang terbaik kepada Irsyad dan adik- adiknya selama yang boleh. InsyaAllah..

Saya juga berharap anak2 saya akan meneruskan perjuangan ini untuk anak- anak mereka . Kepada anak lelaki, Ummi harap anak Ummi dapat menggalakkan dan memberikan sokongan sepenuhnya  kepada isteri- isteri kalian . Begitu juga anak2 perempuan Ummi, Ummi doakan kalian ditemukan dgn suami yang sentiasa menyokong penyusuan susu ibu. Semoga cucu- cucu Ummi dan generasi seterusnya dapat yang terbaik juga daripada seorang ibu.

InsyaAllah Ummi dan Daddy akan memberikan segala sokongan, dorongan, pengalaman serta ilmu yang Ummi ada.

Charlie bit my finger – again !

Posted in Borak- borak on November 10, 2009 by Ajwad and Najwa

Dah lama dah jumpa video ni kat youtube.  Cute je tgk Abang dgn adik ni. Lembut je si Abang cakap ngan adik dan Si adik seronok je dapat kena kan si Abang.. hihihi

Gambar terbaru Irsyad

Posted in Breastfeeding, Irsyad, Luahan Hati on November 2, 2009 by Ajwad and Najwa

Irsyad Comei

Ni gambar terbaru Irsyad masa gi kenduri di rumah Mak Long Muna di Temerloh. Terasa nak share gambar ni sbb bila pump susu sambil merenung gambar ni membantu saya mendapat berkali2 ‘let down’ hari ini.

Alhamdulillah setakat ni saya masih boleh membekalkan susu fresh setiap hari tanpa frozen EBM (express breastmilk). Saya berusaha menyediakan susu fresh utk Irsyad setiap hari wlupun akhir2 ni saya rasakan hasil pump semakin berkurangan. Rasanya ni berpunca daripada sesi mengepam yang makin kurang akibat penyakit ‘M’. Semoga rezeki susu anak Ummi sentiasa ada bersesuaian dengan keperluannya. Lepas ni kena tambah sesi mengepam. Jangan malas2 ok.. Sebelum ni saya pump 3 x sehari di ofis..tapi sekarang ni cuma 2 x sahaja. Tak sempat.

Sepatutnya waktu malam saya pump sekali  utk cover yang 1 x saya skip tu ..tapi..tapi..tapi.. entah ..alasan je tu. Come on Ummi..jgn malas2.

Sebenarnya bukan malas..Irsyad byk minum direct dgn saya waktu mlm. Tak bekesempatan nak mengepam.

Frozen EBM (express breastmilk) ada byk tapi untuk 6 bulan pertama ni klu boleh saya nak elakkan guna stok frozen sbb dalam tempoh 6 bulan ni pertama ni Irsyad perlu utk membina antibodi dan imuniti sendiri.  Lagipun saya dah set kan stok frozen hanya untuk contigency n emergency. Jadi saya tak bergantung dgn frozen dan akan membuat kan saya wajib pump setiap hari.

Takziah buat Ramadhan Fitri dan Kak Khadijah

Posted in Luahan Hati on October 22, 2009 by Ajwad and Najwa

Terasa pedih dan sedih bila mendapat berita puteri sulung Ust Ramadhan Fitri dan Kak Khadijah, Nur Fatimah telah kembali ke rahmatullah. 3 bulan Nur Fatimah sempat bermanja dengan baba dan mamanya.

Wlupun saya dan suami tidak kenal rapat dgn Ust Ramadhan dan Kak Khadijah, saya sgt2 terasa satu kehilangan. Saya sempat berkenalan dgn Kak Khadijah semasa menyertai beberapa program Nisa’.

Nur Fatimah hampir sebaya dgn Irsyad. Sejak mendapat berita Nur Fatimah dimasukkan ke hospital Putrajaya , setiap hari saya akan cuba dapatkan perkembangannya melalui facebook adan blog2 sahabat. Setiap hari saya akan cerita perkembangan Nur Fatimah kepada suami saya. Entah kenapa terasa sgt2 dihati saya. Seolah2 kehilangan ’sesuatu’.

Semoga Ust Ramadhan dan Kak Khadijah sentiasa diberi kekuatan dan tabah menghadapi ujian ini.

Anak adalah pinjaman dan amanah dari Allah. Bila2 masa saja boleh diambil kembali. InsyaAllah Nur Fatimah menanti baba dan mamanya di pintu syurga..Al Fatihah.

dijahdhanfatimah

…..

Posted in Borak- borak on October 20, 2009 by Ajwad and Najwa

Lama betul saya tak update blog ni..maaf sgt2 ye..(hihihi perasan je ada yang baca blog ni). Sekarang ni agak susah skit nak luangkan masa menulis di blog sendiri. kat ofis sibuk dgn kerja dan kat rumah mmg saya tumpukan sepenuhnya masa menguruskan anak dan suami.

Nantila InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan update. macam2 perkara terlintas difikiran nak share kan kat sini. Cuma tak tertekan jari2 ni di keyboard ..hihihihi.. lagi 6 hari Irsyad nak  masuk 4 bulan.

Irsyad nak masuk 2 bulan dah!!

Posted in Borak- borak, Family, Irsyad, Special Occasions on August 24, 2009 by Ajwad and Najwa

Lama nya tak update blog ni.  Tak de masa lapang lagi nak menulis wlupun sesimple yang mungkin. ceh..macam sibuk sgt je..kui kui..

Irsyad skrg dah nak masuk 2 bulan. Setiap hari ada je benda baru yang dia belajar. Teknik menangis yang baru, teknik nak suruh dukung dia, teknik menyusu dan macam2 lagi lah. Kat mana la dia blaja tu ek??

Lupa nak update ..berat Irsyad masa checkup 1 bulan hari tu 5.5kg. sekarang tak tau la..rasa2nya dekat 7 kg kot..hihihi

Sepanjang cuti bersalin ni mmg habiskan masa berkepit dgn Irsyad je. Seronok dan mencabar ada anak kecik ni. Alhamdulillah setakat ni masih boleh handle lagi. Irsyad pulak jenis yang tak byk kerenah. Tak delah meragam tak tentu pasal. Klu dia menangis pun sbb lapar dan perut kembung. Tu pun jarang sangat dan manja je bunyi nye..Alhamdulillah Allah permudahkan. Masa dia dalam perut dulu selalu panggil dia Aysar = yang lebih mudah.

Paling lewat Irsyad tido dalam rekod setakat ni pukul 1 pagi. Sekali masa tu kami tak faham lagi peel dia. Rupanya dia just nak menetek je. Tak nak ada susu keluar. So dia fussy sepanjang malam sampai kul 1 bila dah betul2 ngantuk baru tido.  Sekarang ni kami dah faham dah mcmana nak handle klu dia mcmtu.

Tapi saya selalu je bangun malam. Bukan pasal Irsyad meragam tapi sbb saya hanya sempat kemas2 waktu tgh malam. Klu tak wat keje lain saya bangun utk pam susu sekurang2nya sekali.

15 August yang lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. hadiah buat kami berdua sangat special iaitu Ahmad Irsyad Zaini. Hari tu kami sambut simple2 je. Saya n Abang just keluar gi Jusco beli baju Irsyad dan makan kat Pizza Hut. dalam keadaan sekarang ni tak berani nak keluar2 sgt. Irsyad pun sejak lahir kami takde lagi bwk ke tempat2 awam. klu keluar pun just ke klinik atau balik ke rumah babawan atau siddi.

Irsyad dah berkhatan masa umur 40 hari. Kami wat di Azzahrah dgn bayaran Rm230. Alhamdulillah Irsyad cepat sembuh. Hari ke2 dah kering dan hari ke5 plasticring yang DR pasang gugur. Seminggu je dah totally sembuh. Mudah jaga klu khatan masa kecil. Lagipun Irsyad masih belum lasak dan hanya minum susu ibu. Masa proses berkhatan tu saya tgk setiap perkara yang DR buat. sbnrnya takde lah berani sgt. Saya nak tahu apa yang DR buat kat anak saya. berpeluh2 juga la saya tgk. Irsyad menangis sekuat2nya. Sian sgt. Terdetik juga rasa menyesal…huhuh..tapi Alhamdulillah sekarang semuanya dah ok. Dan bersih je kat ‘part ‘tu.

Esok saya dah start keje. Terima kasih buat keluarga mertua saya kerana sanggup tolong kami jaga anak kami sepanjang saya berkerja. Saya tak yakin lagi nak tinggal kan anak kat babysitter @ nursery. Nak cari nursery yang ok satu hal. Yang blh handle EBM (express breast milk) sbb Irsyad masih susu badan sepenuhnya. Harap2 Irsyad ok esok. Jangan buli Siddi, Sitti n Cik Su tau.

Irsyad day 33

Irsyad day 33

Irsyad dah pandai senyum2

Irsyad dah pandai senyum2

Irsyad lepas mandi pagi tadi

Irsyad lepas mandi pagi tadi

Irsyad tgh tido masa Ummi wat entry ni

Irsyad tgh tido masa Ummi wat entry ni

Irsyad 1 month

Posted in Irsyad on July 26, 2009 by Ajwad and Najwa

Hari ini genap 1 bulan Irsyad bersama Daddy dan Ummi.

Irsyad pun dah semakin berisi. Setakat ni Irsyad masih full breastfeeding. Alhamdulillah rezeki susu Irsyad semakin bertambah setiap hari. Irsyad pun kuat menyusu.Kadang2 Irsyad minum sampai tersedak sbb susu byk. Sian sgt…sob..sob

Alhamdulilah..Setakat ni Irsyad tak pernah lagi meragam di waktu malam. Cuma bangun untuk menyusu sahaja. Harap2nya berkekalan la macam tu..:-)

Lagi 1 bulan je lagi saya akan bersama Irsyad 24jam setiap hari..sedihnya nak kena tinggal Irsyad utk 9 jam. Tension bila fikir nak naik kerja balik..huhuhu. Ni membuatkan saya terfikir utk cari peluang bekerja dari rumah..:-)

InsyaAllah Selasa depan ada checkup Ummi dan Irsyad. Berat Irsyad kami timbang kat rumah dah 5.1kg. Tapi tak pasti tepat ke tak..rasanya tak jauh sgt lari dari tu. Skrg ni dukung dia pun dah terasa beratnya.

IMG_1651

Position tido yang paling best

IMG_1658

Irsyad day 28

Irsyad mamai

Irsyad mamai

IMG_1675

Irsyad day 30

Our son

Our son

Irsyad & Jaundice

Posted in Irsyad on July 20, 2009 by Ajwad and Najwa

Hari ke 4 (Isnin) saya dan Abang bawa Irsyad jumpa dgn Pedi Dr Nazim sbb kami perasan yang Irsyad nampak agak kuning. Orang2 yang dtg tgk Irsyad pun kata camtu. Tiap kali tu lah mengalir airmata saya risaukan Irsyad.

Sedih sgt bila tgk Dr ambik darah Irsyad utk test. Terkejut sgt bila result keluar kuning Irsyad tinggi dalam 325. So dr terus tahan utk rawatan phototheraphy. Oleh kerana Irsyad full breastfeeding saya pun kena tinggal di hospital 2 malam.  Sepanjang duk kat hospital tu saya bagi Irsyad susu sebanyak yang mungkin utk mempercepatkan kuning dia turun.

Banyak kali Irsyad kena cucuk utk ambik darah..sob..sob..

Alhamdulilah hari ke 6 (Rabu) Irsyad dah boleh keluar bila bacaan turun ke 218. Dr nasihatkan utk terus bagi susu badan sebanyak mungkin supaya baby kerap poo poo utk singkirkan  bilirubin dalam darah.

Alhamdulillah masuk hari ke 14 kuning Irsyad totally sembuh.

Cuma yang saya perasan kulit Irsyad makin gelap selepas rawatan phototheraphy tu. Sebelum tu putih melepak. Tak pasti disebabkan sinaran lampu tu atau mmg kulit dia gelap…huhuhu.

Irsyad di bawah sinaran lampu

Irsyad di bawah sinaran lampu